Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat dua lagi kes kematian akibat wabak COVID-19 di Malaysia, menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di Malaysia kini 26 mangsa. Sebahagian besar kematian adalah golongan berusia dan mempunyai sejarah penyakit kronik.
Kes kematian ke-25 ini melibatkan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 83 tahun yang mempunyai sejarah penyakit kronik. Mangsa menerima rawatan di Jospital Raja Permaisuri Bainun pada 25 Mac dan telah disahkan meninggal dunia pada 26 Mac, jam 6.55 petang.
Mangsa ke-26 merupakan seorang lelaki warganegara Malaysia berusia 53 tahun. Mangsa tersebut merupakan kontak rapat kepada pesakit positif COVID-19 sebelum ini dan dirawat di Hospital Sg Buloh pada 22 Mac. Mangsa disahkan meninggal dunia 27 Mac pada jam 10.20 pagi.
KKM juga melaporkan terdapat 130 kes baharu positif COVID-19, menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 2,161 kes setakat ini.
Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.
Sumber: KKM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.