Musim haji yang bakal tiba pasti menimbulkan keterujaan buat 263 rakyat Malaysia di Arab Saudi yang terpilih menunaikan haji tahun ini.
Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, tahun lepas hanya lapan orang rakyat Malaysia di negara itu yang dapat menunaikan haji.
Tambahnya, Tabung Haji (TH) menjalankan inisiatif memberikan kursus secara dalam talian berkaitan ibadah haji kepada semua jemaah yang terpilih itu.
“Malam esok, insya-Allah saya akan adakan temu bual dengan bakal haji rakyat Malaysia yang sedang berada di kota suci Makkah Al-Mukarramah,” katanya.
Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan arahan apabila mengumumkan hanya warganegara Saudi dan penduduk negara lain yang berada di negara itu sahaja yang boleh menunaikan ibadah haji susulan situasi semasa kes COVID-19.
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.