- Ujian semasa bertunang
Pada waktu bertunang ni, hati kena banyak bersabar. Masa ni lah ramai pasangan akan diuji dengan pelbagai jenis pergaduhan. Biasa lah stress kan.
Kata orang-orang lama, jangan lah bertunang lama kerana fasa pertunangan ni banyak dugaannya.
- Ujian seminggu nak berkahwin
Masa ini perasaan tertekan itu akan lagi bertambah. Kadang-kadang kita akan berfikiran “kenapa lah aku nak kena kahwin”.
Bawa bertenang dan sabar, membina sesebuah masjid dan kehidupan baru dengan seseorang itu sememangnya susah pada awalnya. Tapi semua itu akan berbaloi kemudian.
Jangan ikut sangat perasaan dan banyakkan bersabar.
- Ujian selepas kahwin
Akad nikah sudah selepas, segala pelamin dan majlis pun sudah diurus. Hati mula lega, hubungan pun sudah halal.
Tapi ujiannya lain pula, mula lah kehidupan yang penuh dengan pelbagai jenis tanggungjawab.
Ada pasangan yang kahwin muda, mungkin akan susah dari segi kewangan. Ada yang akan susah dari segi keluarga.
Kesetiaan, persefahaman dan rasa hormat perlu ada dalam sepasang suami isteri.
Sumber: wedpedia
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.