Setiap kali habisnya satu majlis kita akan sering mendengar pengerusi majlis mengakhiri majlis tersebut dengan bacaan Tasbih Kaffarah dan Surah Wal-Asr. Ini merupakan 3 sebab mengapa kita perlu baca Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr selepas tamatnya satu majlis.
- Menghapuskan dosa
Sepanjang majlis tersebut berlangsung, kita mungkin melakukan dosa secara sedar ataupun tanpa disedari. Juster sebab itulah Tasbih Kaffarah dan Surah Al-Asr dibaca sebagai penghapus dosa sepanjang majlis tersebut.
- Menerangkan erti kerugian dalam Surah Al-Asr
Surah Al-Asr mengandungi pengajaran yang besar iaitu menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian. Kerugian individu yang menghabiskan waktu dan tenaga tetapi tidak menimbulkan hasil. Oleh kerana itu, Surah Al-Asr dibaca setelah tamatnya satu majlis supaya memberi peringatan kepada manusia.
- Menerangkan erti penjanaan dalam Surah Al-Asr
Surah Al-Asr bukan sahaja mengajar kita tentang masa tetapi ia juga mengajar tentang penjanaan hasil iaitu perahan masa yang telah kita habiskan sehingga menimbulkan sesuatu hasil. Oleh itu, majlis yang disudahi dengan bacaan Surah Al-Asr memberi peringatan kepada kita akan tindakan yang bakal kita lakukan seterusnya.
Sumber: Website
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.