Surah Al-Kahfi yang disunatkan untuk dibaca pada hari Jumaat mempunyai banyak inti pati yang membawa manfaat dalam kehidupan harian kita. Termasuklah adab-adab menuntut ilmu.
- Tidak rasa diri ini yang paling tahu
Sentiasa berasa rendah diri apabila sedang menuntut ilmu. Jangan terlalu bangga ataupun yakin dengan ilmu yang dikurniakan olehi Illahi. Jangan memandang rendah kepada orang lain jika kita telah memakari sesuatu bidang dan sentiasa bersedia untuk mempelajari ilmu lain.
- Bersabar apabila sedang menuntut ilmu
Kesabaran itu semestinya ada dalam diri kita dalam apa jua situasi. Jadi bersabarlah apabila sedang menuntut ilmu. Walaupun bidang yang anda sedang menceburi itu amat sukar tetapi jangan putus asa dan banyakkan bersabar. Bersabar menerima ilmu daripada guru kerana mereka lebih mengetahui.
- Mematuhi arahan guru
Jangan memotong percakapan guru ketika mereka mengajar. Ini merupakan adab menuntut ilmu sebagai tanda pernghormatan kepada guru. Mematuhi arahan mereka dengan penuh kesabaran.
- Sentiasa bersangka baik kepada guru
Walaupun anda memiliki pandangan buruk ataupun aura negative terhadap guru, sentiasalah berhusnu zhon terhadap mereka. Kerana mereka memiliki kelebihan ilmu pengetahuan dan berkat ilmu daripada seorang gutu itu amatlah penting.
Kedudukan seorang guru dalam Islam amatlah istimewa, kerana itu ia menjadi tuntutan utama kepada seorang pelajar untuk sentiasa menghormati guru-guru mereka supaya mendapat keberkatan ilmu yang dipelajari.
Sumber: Website
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.