Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

4 Hotel Di Cameron Highlands Yang Menjanjikan Kelainan

Editor
29 Mar 2018, 01:22 AM

Hotel di Cameron Highlands

HOTEL DI CAMERON HIGHLANDS

Baik, mungkin anda sudah penat Google mencari tempat menarik di Cameron Highlands. Semuanya sama sahaja. Kemungkinan besar, anda akan jumpa senarai seperti:

  • Taman Agrotek Mardi
  • Mossy Forest
  • Cactus Valley
  • Ladang Teh BOH Sungei Palas
  • Big Red Strawberry Farm
  • Kea Farm, Brinchang
  • Pasar Malam, Brinchang

Kini, senarai tempat menarik sudah ada. Bagaimana pula dengan hotel? Biasanya orang akan cari hotel yang:

  • Murah atau berpatutan
  • Berdekatan dengan pasar malam
  • Berdekatan dengan Kea Farm

Itu kriteria yang biasa-biasa.

Bercuti di tempat peranginan tanah tinggi, kita mahu ia terasa bagaikan di luar negara. Bila angin menderu ke muka, segar sungguh rasanya. Dengan cuaca sejuk dan lanskap bersama pokok pain yang tersusun, terasa tidak mahu pulang semula ke rumah. Itu baru lanskap. Bagaimana dengan tempat penginapan? Kami mahu pastikan anda tidur dan berehat di tempat yang menarik bergaya English Tudor!

1. THE SMOKEHOUSE HOTEL, TANAH RATA

Hotel di Cameron Highlands

Foto Kredit: http://wahidayatulaswa.blogspot.com/2013/07/cuti2-cameron-highlands-tea-with-scones.html

Bukan setakat architecture menarik yang dibina pada tahun 1937 sahaja, taman di sekelilingnya cukup menawan. Dengan bunga yang berwarna-warni, buaian klasik berwarna putih, batu-bata lama, dan tumbuhan yang menjalar di luar dinding rumah, cukup membuatkan kita terasa di England. Kalau biasa menonton cerita-cerita lama, apa yang ada di dalam Smokehouse adalah lebih kurang sama. Susun atur perabot dan hiasan dalamannya juga nampak bagai zaman silam.

Teruja dengan gambar di atas? Boleh jamu mata dengan banyak lagi gambar yang menarik perkongsian Wahida, yang bercuti bersama suami dan anak-anak. Juga dengan  yang cukup obses dengan bunga yang hidup subur di Cameron Highlands.

Tempat Menarik di Cameron Highlands

Foto Kredit: http://wahidayatulaswa.blogspot.com/2013/07/cuti2-cameron-highlands-tea-with-scones.html

Maklumat dari blog Mr kumai,  matlamat asal pembinaan hotel ini adalah bagi mewujudkan persekitaran yang sama dan ini mendapat sambutan hangat bagi koloni Inggeris yang berada di Malaya dan merindui suasana kampung halaman mereka. (S.van Heckle & L. van der Linde)

Hotel di Cameron Highlands

Foto Kredit: http://sujeanlife.blogspot.com/2011/02/cameron-highland-smokehouse-hotel.html

Bukan setakat penginapan yang sangat unik, dikatakan Scone di Smokehouse ialah yang paling sedap di Cameron Highlands. Walaupun sedikit mahal, dengan hidangan Scone yang panas-panas bersama jem strawberi dan teh panas, pasti ia satu pengalaman yang tidak dapat dilupakan. Tidak perlu menginap di sini untuk merasai kelazatan Scone di Smokehouse.

Di Agoda, Smokehouse menduduki carta paling atas, paling ramai orang berpuashati!

Maklumat lanjut: smokehousehotel.com

 

2. THE LAKEHOUSE, TANAH RATA

Hotel di Cameron Highlands

Foto Kredit: http://pheurontay.com/the-lakehouse-cameron-highland-review/

Tengok gambar sahaja boleh meruntun hati. Cantik sangat bila berada di sini. Terbayang-bayang jika ada kuda yang berkeliaran di sini, namun tidak ada.

Kalau ikut jarak, The Lakehouse terletak sebelum pekan Tanah Rata. Cuma jangan risau, kerana ada kedai berdekatan yang menjual hasil tanaman dan sayuran.

Hotel di Cameron Highlands

Foto Kredit: hotels.com

Sesuai dengan nama Lakehouse, ia terletak dekat dengan tasik. Namun, jangan ingat tasik yang cantik, kerana warnanya seperti kopi susu. Bolehlah, sambil melayan suasana sejuk di sini!

Maklumat lanjut: lakehouse-cameron.com

 

3. PLANTER’S COUNTRY HOTEL, TANAH RATA

Hotel Di Cameron Higlands

Foto Kredit: http://www.balaschalet.com

Tempat ini agak tersorok sedikit. Anda mungkin akan perasan signboard shaja dari jalan besar. Langsung tidak nampak resort ini dari kejauhan. Kena mendaki bukit sedikit untuk ke atas.

Hotel di Cameron Highlands

Foto Kredit: http://layka.eu/portfolio/balaschalet/

Untuk pengetahuan, sebelum ini hotel ini dikenali The Bala’s Holiday Chalet. Banyak video klip lagu tempatan menggunakan lokasi ini dalam video muzik mereka.

Maklumat lanjut: balaschalet.com

 

4. CAMERON HIGHLANDS RESORT, TANAH RATA

Hotel di Cameron Highlands

Foto Kredit: https://www.carrier.co.uk

Walaupun terletak di tepi jalan besar, masih lagi terasa kehijauan di mana-mana bila melihat dari luar tingkap. Padang golf hanya terletak sepelaung meningkat lagi suasana kedamaian di sini.

Hotel di Cameron Highlands

Foto Kredit: http://eatdrinkkl.blogspot.com/2013/02/the-dining-room-cameron-highlands-resort.html

Sarapan pagi gaya Inggeris di tempat sebegini, nampak mewah. Apa tidaknya, breakfast bagaikan fine-dining.

Maklumat lanjut: cameronhighlandsresort.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us