Nak lembutkan hati anak bukannya mudah seperti yang kita sangkakan. Lagi-lagi bila anak yang dari kecil dah biasa terlalu dimanjakan. Ibu bapa perlu main peranan penting dalam mengubah anak-anak menjadi anak yang taat pada suruhan Allah SWT, dan taat pada ibu bapa. Tetapi pernah dengar kan, anak yang lasak atau sedikit nakal sewaktu kecil ini sebenarnya anak yang bijak dan sangat kreatif. Ibu bapa yang perlu mainkan peranan untuk mencorakkan anak-anak ke arah kebaikan.
Ini antara cara melembutkan hati anak-anak :
Doa melembutkan hati anak.

Allahulathiifum bi'ibaadihii, yarzuqumayyasak' wahuwal qawiyyul 'aziiz...
Ibu bapa boleh baca ayat diatas dan tiup ubun-ubun anak ketika dia tidur.
Ibu bapa perlu tahu dengan siapa anak kita berkawan.
Berkawan dengan semua orang itu perkara biasa, tetapi kawan rapat anak-anak perlu ibu bapa kenal. Pengaruh rakan-rakan lebih kuat berbanding yang lain. Jadi jika anak-anak berkawan dengan seseorang yang baik, InsyaAllah baiklah jalan yang dituju. Maka, carilah kawan akrab yang baik agamanya, sehingga ketika sedang futur (malas, kondisi hati melemah), maka ada yang mengingatkan, menasihati dan kembali membawa kita ke dalam majlis ilmu.
1 Hadis, 1 Hari
Biasakan diri untuk bacakan/terangkan kepada anak-anak 1 hadis, dalam 1 hari. Ianya boleh melembutkan hati anak-anak disamping dapat menguatkan iman kita.
Untuk permulaan dapatkan sebuah buku himpunan hadis atau kisah-kisah nabi yang diilustrasikan khas untuk kanak-kanak. Jadikan satu kebiasaan untuk membaca satu hadis atau cerita nabi ini setiap hari selepas solat dan mengaji bersama-sama. Buat satu sudut di rumah sebagai surau mini kita.
Lembutkan percakapan kepada anak-anak.
Dengan anak-anak kalau kita sebagai ibu bapa berkeras, cakap kasar, memang susah anak-anak nak dengar cakap. Tambahan pula, cara ibu bapa boleh mempengaruhi perangai anak-anak.
Tegas dalam berkasih sayang.
Setiap tindakan ini memerlukan masa untuk dipraktikkan dengan berkesan. Oleh itu, lakukanlah pelbagai cara melembutkan hati anak dengan sabar dan konsisten. Selari dengan konsep didikan Umar al Khattab,
iaitu : “Tegas tanpa menampakkan kekerasan dan lembut tanpa menunjukkan kelemahan”.
Mudah-mudahan, sikap istiqamah ini dapat membuka pintu hati anak kita suatu hari nanti.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.