Negara Malaysia mempunyai banyak lokasi air terjun yang cantik dan menarik. Jadi tidak salah sekiranya anda membawa keluarga anda berkelah di air terjun sambil menikmati keindahan alam. Jelita senaraikan lima lokasi air terjun yang menarik di Malaysia.

Air Terjun Ulu Geruntum, Gopeng, Perak
Bagi anda yang sukakan aktiviti sukan lasak, anda boleh berkunjung di Ulu Geruntum ini. Terdapat beberapa air terjun di mana ada kawasan rendah yang senang untuk diakses dan kawasan tinggi di mana anda perlu merentasi sungai dan mendaki sedikit untuk sampai ke destinasi. Di sini juga terdapat aktiviti ekstrem seperti waterfall abseiling.

Air Terjun Sungai Chiling, Kuala Kubu Baru, Selangor
Siapa kata kawasan bandar seperti Selangor tiada kawasan air terjun yang indah dan menarik? Sungai Chiling adalah antara air terjun yang menarik di Malaysia dan juga antara air terjun yang popular di Selangor. Ia terkenal dengan kecantikan dan keindahannya. Namun, ia tidak begitu sesuai untuk mereka yang mempunyai anak kecil atau bayi. Ini kerana anda perlu merentasi sungai sebanyak lima kali sebelum sampai ke destinasi. Ia mungkin sesuai bagi sepasang suami isteri yang sukakan aktivti mencabar. Selain dari berkelah, anda juga boleh memberi ikan makan di santuari ikan dan juga terdapat aktiviti jungle trekking. Satu pantang larang di sini ialah anda tidak boleh lakukan aktiviti BBQ.

Air Terjun Ulu Geruntum, Gopeng, Perak
Bagi anda yang sukakan aktiviti sukan lasak, anda boleh berkunjung di Ulu Geruntum ini. Terdapat beberapa air terjun di mana ada kawasan rendah yang senang untuk diakses dan kawasan tinggi di mana anda perlu merentasi sungai dan mendaki sedikit untuk sampai ke destinasi. Di sini juga terdapat aktiviti ekstrem seperti waterfall abseiling.

Air Terjun Lata Kinjang, Tapah, Perak
Air terjun Lata Kinjang ini boleh dilihat dari Lebuhraya Utara Selatan dan turut menyumbang kepada kepopularanya. Untuk sampai ke kawasan air terjun, anda perlu melalui sebatang jambatan gantung. Ia merupakan air terjun tertinggi di Malaysia. Air terjun ini juga terkenal dengan mitos Sang Kelembai. Kononnya, bekas tapak kak, lesong menumbuk padi dan tapak semaian sayur sang kelembai yang telah disumpah masih boleh dilihat.

Air Terjun Giam Klimau, Miri, Sarawak.
Terletak tidak jauh dari Gua Niah, anda perlu melalui beberapa pos keselamatan kerana ia adalah kawasan persendirian. Sebaik tiba di lokasi air terjun, anda akan dapat melihat keunikan air terjun itu yang jatuh ke batu dan tidak membentuk takungaa. Tidak jauh dari air terjun itu barulah anda boleh berenang. Dalam bahasa Bidayuh, ‘giam’ bermaksud air terjun.

Air Terjun Sungai Kanching, Rawang, SelangorHutan Lipur Kanching terletak berdekatan dengan Taman Rimba Templer yang terletak tidak jauh dari pusat bandar Kuala Lumpur. Tempat ini terkenal dengan pelancong asing seperti pelancong Arab dan Eropah. Anda juga boleh menaiki pengangkutan awan dengan bas ke air terjun itu. Lebih menarik lagi, tempat ini terdapat tujuh buah air terjun dan amat popular dengan keluarga yang ingin berkelah dan bersantai di hujung minggu. Cuma ambil masa dalam 10 minit sahaja untuk sampai ke air terjun namun anda perlu berhati-hati kerana terdapat banyak monyet liar yang mungkin datang mengambil makanan yang anda bawa.
xSumber : Jelita
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.