Susulan wabak COVID-19 dan juga Perintah Kawalan Pergerakan yang sudahpun bermula pada 18 Mac, rakyat Malaysia diarahkan supaya kekal di rumah dan kurangkan pergerakan bagi mencegah penularan wabak ini.
Namun, ramai yang sudah terbiasa bangun pagi dan bergerak ke kerja atau kuliah. Situasi seperti ini kelihatan aneh dan bukan norma. Oleh itu, di sini ada beberapa perkara yang anda boleh lakukan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.
1. Menonton televisyen bersama keluarga
via GIPHY
Ambil peluang untuk meluangkan waktu bersama keluarga dan menonton televisyen bersama keluarga merupakan perkara yang paling mudah. Cuba cari siaran yang boleh menarik perhatian seisi keluarga terutama anak-anak kecil supaya mereka terhibur dan seronok.
2. Mengemas rumah bersama-sama
via GIPHY
Sudah pasti pada waktu ini kita harus menitikberatkan lagi kebersihan diri sendiri dan juga persekitaran terutama sekali rumah. Ambil peluang untuk penyahkuman rumah anda.
3. Mengajar anak-anak mengenai kebersihan dan sains
via GIPHY
Waktu inilah anda boleh mengambil peluang untuk mengajarkan mengenai kebersihan yang menjadi titik utama dalam penjagaan sendiri. Anda boleh mengajarkan mereka mengenai peri pentingnya kebersihan yang boleh menjadi salah satu penghalang kepada virus ini daripada terus tular.
4. Siapkan kerja-kerja yang tertangguh
via GIPHY
Buat anda yang perlu bekerja dari rumah, ia tidak bermaksud anda boleh mengabaikan kerja itu begitu sahaja. Siapkan kerja-kerja anda sama ada yang tertangguh atau yang baru diperoleh bagi memudahkan urusan anda kelak.
Jangan ambil remeh berkenaan hal ini kerana ia adalah amanah yang perlu dilaksanakan dengan baik.
5. Video-call dengan orang jauh
via GIPHY
Dalam waktu ini, adalah lebih baik untuk menjaga jarak sosial bagi membendung virus ini.
Pada waktu inilah, anda boleh memanfaatkan teknologi yang ada. Anda boleh menelefon ibu anda di kampung atau jika masing-masing mempunyai rangkaian internet yang baik, kalian boleh membuat panggilan video.
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.