Sebagai umat Islam, kita disarankan sentiasa mensyukuri segala nikmat yang telah Allah SWT berikan.

Janganlah sesekali sombong sehingga tidak perasan hati kita sebenarnya sudah mati dan tidak mengendahkan perihal akhirat dan amalan. Berikut adalah tanda-tanda jika hati sudah mati;
1. Berani Meninggalkan Solat
Solat lima waktu wajib dilakukan sepanjang hayat dan sengaja meninggalkan satu waktu solat sahaja pun maka dosanya sangat besar.

2. Merasa Tenang Walaupun Setiap Hari Melakukan Dosa
Firman Allah S.W.T;
“Sekali-kali tidak (demikian), sebenarnya segala dosa yang selalu mereka lakukan telah menutup hati mereka.”
Surah Al-Muthaffifin : 14

3. Jauh Dari Al-Quran
Sepanjang masa sibuk dengan perkara lain yang dianggap lebih baik dari membuang masa membaca dan memerhatikan makna Al-Quran.
Firman Allah S.W.T;
“Maka kenapakah mereka tidak mahu memerhatikan Al-Quran bahkan hati mereka sebenarnya telah terkunci.”
Surah Muhammad : 24
4. Tidak Ada Masa Memikirkan Perkara Agama
Firman Allah S.W.T;
“Mereka itulah orang-orang yang hati mereka, telinga mereka dan mata mereka telah dikunci oleh Allah dan mereka itulah orang-orang yang lalai.”
Surah An-Nahl : 108

5. Mudah Bersangka Buruk
Hidupnya hanyalah membuat sangkaan buruk kepada orang dan mencari salah orang.
Firman Allah S.W.T ;
“Wahai orang-orang yang beriman. Tinggalkan perangai suka sangka buruk kerana sangka buruk itu adalah dosa dan jangan kamu mencari-cari salah orang lain.”
Surah Al-Hujurat : 12
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.