Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

5 tip tabiat snek sihat ketika menonton Piala Dunia

Menonton perlawanan bola sepak cukup sinonim dengan sesi makanan ringan sehingga lewat malam bersama keluarga, kawan mahupun pencinta bola sepak.
Amin
01 Dec 2022, 02:01 PM

1. Bahagikan snek kepada beberapa porsi

Bahagikan snek kepada dua atau tiga porsi, ini akan menggalakkan makan dengan lebih perlahan.

Sambil menikmati snek, peka kepada keperluan tubuh dan perasaan anda. Tanya diri sama ada sudah berasa kenyang dan berpuas hati sebelum menghabiskan porsi yang lain. 

2. Ubah pilihan snek anda

Ketika menyaksikan perlawanan pada larut malam, nafsu makan anda mungkin hadir walaupun selepas makan malam. 

Tetapi, ingatlah yang tubuh anda perlu bekerja lebih keras (ketika tidur) jika makan terlalu lewat. Pilih snek yang lebih ringan dan dapat memberikan tenaga, namun tidak susah dihadam seperti kekacang atau buah.

5 tip tabiat snek sihat ketika menonton piala dunia

3. Nikmati setiap kunyahan

Menikmati snek sambil melakukan aktiviti lain seperti menonton perlawanan boleh sepak boleh membawa kepada tabiat makan berlebihan. 

Jadi, nikmatilah snek anda dengan semua deria-deria tubuh. Bagi meningkatkan kepuasan menikmati snek, tumpukan perhatian anda kepada bau, rasa, tekstur, bentuk dan warna makanan. 

4. Jauhkan snek dari pandangan dan capaian

Ketika menyaksikan perlawanan di rumah, pastikan snek anda jauh dari pandangan dan capaian tangan. Ini dapat mengelakkan anda daripada terus makan tanpa henti dan akhirnya terlebih makan tanpa menyedarinya.

5. Minum lebih banyak air

Pastinya sudah banyak kali kita dengar nasihat ‘minum banyak air’. Sebenarnya, otak sentiasa memperdayakan kita untuk makan lebih, tetapi ia mungkin sekadar tindak balas tubuh apabila dahaga.

Oleh itu, minum segelas air dan tunggu beberapa minit sebelum menentukan sama ada anda benar-benar lapar atau tidak.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}