Sempena dengan Hari Wanita Sedunia yang bertemakan #SHEROCKS mengajak para wanita untuk bertindak seterusnya berjuang untuk maju ke hadapan.
Seringkali kita terdengar kes-kes ketidaksamaan jantina yang menjadi masalah besar masa kini apabila wanita sendiri sering ditidakkan hak mereka oleh golongan superior sedangkan sudah terbukti bahawa wanita kini juga mampu berdaya saing di tahap profesional.
Tahukah anda bahawa wanita Islam telah mengubah dunia menjadi lebih baik sejak berabad-abad lalu mengetepikan ketidaksamaan jantina yang sering menjadi penghalang sebelum ini.
Mereka cemerlang dalam bidang-bidang seperti sains, perubatan, seni bina, politik dan lain-lain seharusnya dijadikan ikutan dan idola para wanita masa kini, justeru marilah kita dalami kisah mereka ini.
1. Benazir Bhutto

Beliau merupakan wanita pertama yang memimpin parti politik utama di Pakistsan bagaimanapun telah dibunuh pada tahun 2007.
Namun begitu warisan yang ditinggalkan oleh beliau yang terus menjadi inspirasi buat kaum wanita di Pakistan adalah tidak kira apa jantina sekalipun jangan pernah berhenti untuk mencapai impian kamu. walaupun idea tersebut kelihatan sukar untuk dicapai, jangan pernah berhenti berusaha.
2. Rufaida Al-Aslamia
Seorang pekerja perubatan dan sosial Islam semasa zaman Nabi Muhammad SAW dan juga merupakan salah seorang wanita pertama yang menerima Islam di Madinah. Rufaida turut diiktiraf sebagai jururawat Islam yang pertama serta turut melatih sekumpulan jururawat wanita yang mengiringi tentera dalam pertempuran.
Beliau juga membantu isu-isu sosial, penjagaan kanak-kanak, memberikan sokongan dan bantuan kepada anak-anak yatim, orang kurang upaya dan miskin. Rufaida membantu menyelamatkan nyawa serta menggalakkan kesejahteraan semasa waktu kritikal dalam sejarah Islam menjadikan dirinya masih diingati sebagai perintis dalam bidangnya pada hari ini.
3. Tawakkul Karman

Wanita arab pertama yang memenangi Hadiah Nobel Keamanan, merupakan seorang wartawan, ahli politik dan aktivis hak asasi manusia serta turut mengasas bersama Organisasi 'Wartawan Wanita tanpa Rangkaian' yang menggalakkan hak asasi manusia, kebebasan bersuara dan hak demokrasi.
Dalam memperkasakan wanita, beliau pernah berkata 'Wanita perlu berhenti berfikir bahawa mereka adalah sebahagian daripada masalah dan menjadi jalan penyelesaian, kita sudah dipinggirkan dalam tempoh yang lama, jadi sudah tiba masa untuk kita berdiri dan menjadi aktif'.
4. Razia Sultan
Beliau merupakan pemerintah pertama Kesultanan Delhi, sebuah kerajaan Islam yang besar di benua India meskipun terdapat bantahan daripada bangsawan Turki apabila seorang wanita yang memerintah, Razia berjaya mendapatkan takhtanya.
Tidak mahu dipanggil 'Sultana' kerana mendakwa gelaran tersebut seolah menggambarkan dirinya sebagai isteri kepada Sultan, beliau berjaya menguruskan kerajaannya di usia muda serta melatih askar-askar ke medan perang. Turut membina sekolah, pusat penyelidikan dan perpustakaan awam.
5. Dame Zaha Hadid

Seorang arkitek bangsa Iraq - British dan wanita dan Muslim pertama yang menerima Hadiah Architecture Pritzker pada tahun 2004. Beliau bagaimanapun sudah meninggal awal tahun 2016.
Dijadikan inspirasi buat rakan-rakan lain, seorang yang sangat berwawasan dan bereksperimen luar dari imaginasi dalam mencipta reka bentuk yang berbeza, tidak hanya terhad kepada bangunan sahaja kerana turut mereka perabot, kereka dan juga kasut.
6. Dr Hayat Sindi

Beliau merupakan saintis perubatan dan juga wanita Islam Arab pertama di Timur Tengah yang berjaya mendapat PHD dalam bidang Bioteknologi dan salah seorang daripada ahli-ahli wanita pertama Majlis Permusyawaratan Arab Saudi
Pengasas bersama, 'Diagnostik untuk Semua' , badan bukan kerajaan yang memberikan penjagaan perubatan di kawasan pedalaman miskin.
7. Nayla Al-Khaja

Merupakan pengarah wanita pertama di Emeriah Arab Bersatu serta mengasaskan salah satu syarikat produksi paling berjaya di kawasan tersebut iaitu D-Seven Motion Picture.
Beliau mula sedar halangan dihadapi oleh pembikin filem di sana dan sering mengupas subjek yang sensitif seperti perkahwinan terancang dan pertemuan rahsia wanita tanpa diketahui ibu bapa. Mendapat pelbagai anugerah dari seluruh dunia dan turut menerima penghargaan Wanita Tahunan Terbaik Emeriah diberikan oleh Benazir Bhutto pada tahun 2005.
8. Malala Yousafzai

Pemenang termuda Anugerah Nobel keamanan, Malala merupakan seorang aktivis berbangsa Pakistan yang memperjuangkan pendidikan wanita. Beliau juga pernah ditembak di bahagian kepala oleh pihak Taliban hanya kerana pergi ke sekolah. Dia juga pernah tersenarai sebagai salah seorang orang paling berpengaruh global dalam majalah Times.
Kisahnya turut dibukukan bertajuk 'I am Malala' dimana beliau turut membantu menulisnya dan ia menjadi 'bestseller' di beberapa buah negara. Pada tahun 2015, beliau menjadi subjek kepada satu dokumentari bertajuk 'He Named Me Malala di mana ia turut disenarai pendek dalam senarai Oscar.
Kredit - Sinar Online
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.