Semua orang memiliki perasaan ini, tidak kira dewasa mahupun kanak-kanak. Ada yang merasa malas untuk melakukan sesuatu mungkin kerana badan ini sudah cukup penat ataupun memang jenis yang suka menundakan tugasan.
Jangan risau semua pernah rasa macam ini sekali sekala tapi kalau sampai teruk sangat tu sampai kerja rumah tak nak buat, rumah sampai berdebu, baju pun bertimbun, harap lah tidak sehingga tahap begini.
Perangai malas seperti ini hanya merugikan diri anda. Jika anda mempunyai masalah pengurusan masa, itu memang biasa. Tidak mengapa. Islam juga melarangkan umatnya untuk bermalasan kerana ini merupakan sifat orang yang merugikan.
Namun, kalau anda ingin menghilangkan peranagi atau perasaan malas ini, berdoalah dengan doa yang diajarkan oleh Nabi SAW kepada kita, inilah doa untuk berlindung daripada rasa malas.
Doa yang diukir dalam Al-Ma’thurat yang boleh dibaca pada setiap pagi dan petang.
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْكَسَلِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْهَرَمِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنَ الْبُخْل
“Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari rasa malas dan aku berlindung kepadaMu dari sikap pengecut, dan aku berlindung kepadamu dari sikap penakut dan kedekut dan lingkungan hutang.” (Hadis Riwayat Bukhari)
Sumber: tzkrh.com
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.