Seorang pesara bernama Li dari China, dilaporkan mengalami kegatalan dan batuk berdarah selama dua bulan hingga menyebabkannya terpaksa dikejarkan ke hospital.
Li, 60 tahun, dimasukkan ke Hospital Perubatan Tradisional Cina Xingweng, di bandar Yibin, China selepas salah diagnosis beberapa kali sebelum ini.

Doktor yang merawat Li, Dr. Zhang Dadong melakukan pemeriksaan endoskopi, terkejut apabila menjumpai seekor lintah gergasi, berukuran kira-kira 10 sentimeter, melekat pada dinding saluran udaranya.

Lintah berkenaan pada mulanya amat sukar untuk dikeluarkan, hingga memaksa Dr. Zhang menggunakan sedatif aerosol bagi menenangkan lintah tersebut, sebelum berjaya dikeluarkan menggunakan forceps.

Punca bagaimana lintah berkenaan berada dikerongkong lelaki tersebut adalah dipercayai daripada telur lintah yang berada dalam minumannya yang tidak bersih.
Sumber: Mirror UK
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.