Kehidupan seorang Islam sangat berkait rapat dengan anjuran kesabaran. Mengapa? Kerana sabar bagi seorang Islam bukanlah hal yang sia-sia dan berlalu begitu sahaja.
Ada tiga jenis sabar yang telah digariskan dalam Islam:
Pertama, bersabar dalam melakukan segala suruhan Allah.
Kedua, bersabar dalam menahan diri daripada melakukan perkara yang dilarang oleh Allah.
Ketiga, bersabar menerima ketetapan yakni qada’ dan qadar daripada Allah SWT.
Hakikatnya, dalam hidup ini sabar itu diperlukan dalam setiap perkara yang kita lakukan. Dalam ibadah dan suruhan Allah SWT, dalam menjauhkan diri daripada perkara yang dilarang Allah dan juga dalam menerima ketetapan daripada Allah. Itu semua memerlukan kesabaran.
Sumber: Youtube
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.