
Majlis pernikahan merupakan saat permulaan hidup baru bersama pasangan sebagai suami isteri. Ini antara detik terindah pasangan suami isteri dalam menjalani kehidupan bersama.
- Menunaikan olat Istikharah terlebih dahulu
Solat istikharah dilakukan apabila seseorang hendak melakukan sesuatu yang meragu-ragukan ataupun ingin melakukan keputusan yang besar dalam hidup mereka. Maka lakukanlah solat sunat istikharah 2 rakaat selepas solat wajib dan memba doa istikharah, sebelum ingin melangkah masuk ke gerbang perkahwinan supaya dipermudahkan urusan anda.
- Menikahi pasangan anda dari walinya
Menurut Madzhab Syafi’ie, Hanbali, Maliki, akad nikah tersebut tidak sah jika tiada walinya. Madzhab Hanafi membolehkan lagi, misal kata pasangan tersebut sedang belajar di luar negara dan tak ada walinya. Kata para ulama, walinya boleh digantikan oleh seorang imam.
- Tidak meminta mahar yang mahal
Banyak kisah viral sekarang ini yang membabitkan tentang wang hantaran yang berlebihan dan membebankan bakal suami. Walhal, menurut hadis riwayat Ahmad, Rasulullah SAW bersabda “Pernikahan yang paling besar keberkahannya ialah yang paling mudah maharnya.” Jadi, mahar yang paling baik dan penuh barakah ialah mahar yang dapat memudahkan pasangan anda.
- Mendirikan solat 2 rakaat
Setelah selesai akad nikah, disunatkan untuk pasangan suami isteri menunaikan solat sunat 2 rakaat sebagai pembawa berkat dan pembuka rezeki kepada pengantin baru.
- Menganjurkan majlis Walimatul’ Urus
Menganjurkan majlis Walimatul’urus untuk mengumumkan perkahwinan tersebut. Hukum menghadirkan diri ke majlis walimatul’urus jika diundang adalah wajib sebagai seorang Muslim. Namun, ia tidak menjadi wajib jika kehadiran anda akan membawa kemungkaran di dalam majlis tersebut.
Sumber: Website
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.