Seorang ahli majlis kanan do Lincolnshire didesak untuk meletakkan jawatannya selepas dia menghadiri mesyuarat secara alam maya menerusi aplikasi ‘Zoom’ ketika dia sedang memandu lori.
David Brown merupakan seorang ahli majlis dari Kirton dan Frampton di Lincolnshire, menyertai mesyuarat secara maya pada Rabu lalu ketika sedang memandu lori dengan menggunakan peranti yang kelihatan dilekatkan di satu bahagian dalam kenderaannya.
Menerusi rakaman itu, Brown dilihat sedang memandu kenderaan tersebut dan sentiasa bersilih ganti pandangannya ke kamera dan jalan raya.
Brown akui bahawa tindakan tersebut amat disesali oleh dirinya namun pada masa yang sama dia menegaskan bahawa keadaan tersebut tiada bezanya dengan tindakan mendengar radio sambil memandu.
Brown berkata, “Saya hanya mendengar, apa beza dengan mendengar radio dalam kenderaan? Saya meletakkan jawatan kerana itulah kemahuan ketua saya.
“Saya rasa ini merupakan tindakan yang paling bagus untuk dilakukan,” katanya.
Sumber: Metro.co.uk
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.