Amalan-amalan ini mungkin mampu menjadi asbab untuk menjemput rezeki dalam kehidupan kita.
1. Membahagiakan Ibu dan Bapa, Adik beradik
Perkara pertama yang sememangnya menjadi kepentingan semua orang, iaitu membahagiakan ibu dan ayah serta keluarga sendiri. Hal ini, menjadikan kita lebih bersyukur dengan rezeki yang diberikan Allah, dan membahagiakan kita juga sebagai hamba-Nya dari hal yang kita tidak pernah sangka.
2. Sentiasa bersedekah kepada yang orang lain
Memberi itu lebih banyak pahalanya daripada menerima. Bersedekah dan berinfak tidak akan sesekali menyebabkan harta seseorang itu semakin berkurangan, namun ia dapat memperkayakan hati, membersihkan harta, memanjangkan usia serta melancarkan rezeki yang dikurniakan Allah.
3. Sentiasa berzikir
Berzikirlah untuk mendapat ketenangan jiwa. Kerana dengan mengingati Allah jiwa kan menjadi tenang. Percaya atau tidak, dengan berzikir Allah akan hadirkan perkara-perkara yang indah dalam hidup kita di samping mengingati kekasih-Nya, Muhammad SAW.
4. Memudahkan urusan orang lain
Allah takkan menguji hamba-Nya diluar kemampuan seseorang itu. Percaya dengan memudahkan urusan orang lain, Allah akan memudahkan urusan kita di dunia malah di akhirat. Besarkan hati untuk membantu mereka dengan penuh keikhlasan, InsyaAllah, Allah akan mudahkan urusan kita.
5. Tahajjud
Tak semua mampu untuk mengerjakan solat tahajud dengan Istikhomah. Namun menyedari akan kelebihannya ini mampu untuk memudahkan urusan seharian kita, dan ketika inilah kita berdoa sepenuh jiwa kepada Yang Maha Esa.
Sebagai manusia, kita perlu menyedari bahawa rezeki itu, bukan hanya datang dalam bentuk wang ringgit, tetapi datang dalam pelbagai bentuk. Semoga bermanfaat.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.