Tidur adalah anugerah dan nikmat dari Allah bagi manusia yang perlu disyukuri kerana tubuh badan kembali segar dan tubuh pun menjadi lebih sihat.
Sebagai umat Islam, kita seharusnya menerapkan amalan Rasulullah SAW selepas bangun tidur dalam kehidupan seharian bagi peroleh hari yang lebih berkualiti.
Berikut adalah amalan-amalannya;
#1 - Membaca doa bangun dari tidur dan memperbanyak zikir.
Ketika bangun tidur, umat Islam digalakkan untuk membaca doa.
#2 - Cuci tangan.
Umat Islam juga disyariatkan untuk mencuci tangan sebelum melakukan sebarang aktiviti dengan kedua-dua belah tangannya.
#3 - Berus gigi.
Apabila bangun tidur, terus memberus gigi.
#4 - Berwudhu untuk menghilangkan malas.
Biasakan diri membaca zikir ketika bangun tidur, segera berwudhu dan menunaikan solat, untuk menghilangkan rasa ngantuk dan malas.
#5 - Bersegera untuk solat.
Jika seseorang bangun di waktu malam atau bangun di waktu subuh, dia haruslah bersegera untuk mengerjakan solat dan tidak menangguhkannya agar tidak terus tenggelam dalam rasa malas dan mengantuk.
Sumber: muslim.co.id
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.