Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Kayuhan Misi Ibadah, Amar Baharin Hampiri Madinah

ROSTAM, Mohamad Firdaus
26 May 2025, 10:41 AM

kayuhan misi ibadah, amar baharin hampiri madinahFoto: Instagram

Pelakon terkenal, Amar Baharin, 40, kini berada dalam fasa akhir misi kembara berbasikalnya yang dinamakan #JourneyToTanahHaram, apabila hanya berbaki kira-kira 500 kilometer (km) sahaja lagi untuk sampai ke kota suci Madinah Al-Munawwarah, Arab Saudi.

Dalam satu kenyataan kepada Harian Metro menerusi aplikasi WhatsApp, Amar memaklumkan bahawa ketika ini beliau dan rakan kembara, Datuk Muhamad Muqharabbin Mokhtarrudin atau lebih dikenali sebagai Qobin, sedang menghampiri kawasan Al Qassim.

Namun, semakin hampir mereka dengan destinasi, semakin mencabar pula perjalanan yang perlu diharungi.

“Saya dah hampir sampai ke kawasan Al Qassim, kira-kira 500 km lagi nak tiba ke Madinah Al-Munawwarah.

“Makin dekat, makin terasa cabarannya. Kayuhan di tanah Arab, lebih-lebih lagi dalam cuaca musim panas yang ekstrem, sangat mencabar fizikal dan mental. Tapi, saya sangat teruja sebab dah semakin hampir ke destinasi.

“Alhamdulillah, Allah permudahkan segala urusan kami. Setiap detik perjalanan ini hanya dengan izin dan pertolongan-Nya,” ujar Amar penuh syukur.

Misi kayuhan penuh makna ini bermula pada 27 April lalu, apabila Amar dan Qobin dilepaskan secara rasmi dari Perlis untuk memulakan perjalanan mereka merentasi Thailand.

Sepanjang hampir sebulan menjelajah, mereka telah menempuh pelbagai rintangan termasuk keperluan menukar laluan asal di India dan Pakistan disebabkan ketegangan politik dan isu keselamatan di negara terbabit.

Difahamkan, #JourneyToTanahHaram merupakan pengalaman pertama Amar menyertai misi berbasikal sejauh ini, dengan niat utama menunaikan ibadah haji dan umrah setelah tiba di Tanah Suci.

Misi ini turut memperlihatkan kekuatan spiritual dan fizikal dua sahabat ini, yang sanggup mengharungi ribuan kilometer demi mencapai niat suci mereka.

Menurut perancangan, Amar dan Qobin dijangka mengambil masa tiga bulan untuk menyempurnakan misi ini sepenuhnya. Mereka dijangka pulang ke tanah air sekitar Julai depan, sebaik selesai menunaikan ibadah.

Kayuhan mereka bukan sahaja mendapat perhatian ramai, tetapi turut menjadi inspirasi buat umat Islam yang mendambakan ibadah dengan penuh kesungguhan. Ramai netizen menyatakan kekaguman terhadap semangat kedua-dua mereka yang sanggup berkorban demi mengejar keredaan Ilahi.

Sumber: Harian Metro

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us