Anas Tahir merupakan nama yang tidak asing lagi dalam industri nasyid Malaysia. Mana tidaknya, bekas ahli kumpulan Far-East itu telah pun mengecap pelbagai anugerah bersama kumpulannya pada zaman kemuncak di awal tahun 2000 an itu. Namun pencapaian Anas tidak terhenti setakat disitu sahaja, baru-baru ini beliau baru sahaja merangkul anugerah Nicest Smile Award dan juga Anugerah Saidina Umar.

Mengulas mengenai pengiktirafan yang diterima beliau di Facebook, Anas akui terasa sebak kerana teringat akan arwah bapanya.
"Terasa seperti abah ada dkt sebelah, waktu solat maghrib jemaah smlm di majlis 10 tahun @hidayahcentrefoundation. Rasa mcm nk toleh je. Tibe2 je air mata mengalir dan dada mcm kena hentak.
“Takpelah, itu mungkin kerinduan yg amat sgt dkt abah. Sbb abah lah yg bwk sy ke usaha ini. Usaha dlm “buat je dakwah Anas, in your own way, your style’,”
Anugerah Saidina Umar yang diterima oleh Anas merupakan sebuah anugerah bagi mengiktiraf penglibatan dan kegiatan aktif selebriti dalam bidang dakwah. Ketika menonton slaid pembentangan yang turut mengandungi gambar bapa dan rakan seperjuangan yang lain, Anas akui hatinya tersentuh.

Beliau juga menambah bahawa bukan mudah untuk berinteraksi dengan mereka yang baru terbuka hati untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Islam, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus dan tepung tidak berselerak.
“Kena jaga niat, jaga hati, jaga lisan. Jgn terlalu “push”. Kita hanya menyampaikan. Jgn rasa kita yg selayaknya memberi hidayah pada mereka.Hidup lah dalam kesederhanaan,” kata beliau.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.