Laman web Who Paid 99 Cents? adalah sebuah laman web yang dibina untuk pengguna yang mempunyai perasaan ‘curious’ dan ingin tahu.
Pengguna perlu memasukkan nama, email dan kad kredit sebelum dicas sebanyak 99 sen, seterusnya dibenarkan untuk melihat siapa lagi yang melakukan perkara serupa.
Menurut Business Insider, terdapat 43 pengguna telah melakukan perkara sedemikian ketika mereka cuba menggunakan laman web itu. Tambah lagi, pembangun yang membangunkan laman web berkenaan berkata, beliau tidak menjangkakan sambutan sedemikian kerana laman web itu dibangunkan hanya untuk suka-suka.
Sumber: Business Insider
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.