Trending Angin Kencang Kuat Sehingga Kelambu Kaabah Terkoyak Editor 20 Aug 2018, 03:54 PM Share Tweet Semalam angin kencang telah melanda kota Mekah di saat umat Islam sedang mengerjakan rukun Islam ke lima. Kejadian tersebut telah berlaku jam 12 tengah malam waktu tempatan.Penceramah bebas yang kini berada di sana, Ustaz Ahmad Dasuki sempat berkongsi satu video melalui laman instagramnya. Video tersebut memaparkan angin yang bertiup kencang sehingga menyebabkan kain kelambu yang membaluti kaabah terkoyak.Melalui posting itu juga, Ustaz Dasuki berkata kejadian itu telah menyebabkan beberapa khemas musnad dan bekalan elektrik terputus. Kejadian ribut pasir pada malam 9 Zhulhijjah boleh di katakan berlaku setiap tahun akhir akhir ini, Di padang arafah ribut pasir ini meruntuhkan beberapa khemah dan memutuskan bekalan elektrik seketika yang sering sahaja terjadi. Sewaktu sujud solat maghrib di rakaat yang ketiga, tetiba angin yang deras berpusar pusar di atas Baitullah mengoyakkan kelambu kaabah yang kebetulan akan di salin dan di pakai yang baru untuk keesokan hari. Ada tanda yang Allah ingin sampaikan kepada hamba!! hanya mereka yang di buka hati nampak jelas tanda sebegitu.. wallahualam. Di Masjidil haram malam 9 zhulhijjah 1439A post shared by Ustaz Ahmad Dusuki (@ustazahmaddusuki) on Aug 19, 2018 at 1:46pm PDTKami mendokan semua para jemaah selamat menjalani ibadah mereka dan dapat pulang dengan selamat. Share Tweet Filled Under : *Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.