Apakah pengertian Nuzul Al-Quran yang sudah termaktub dan perlu diketahui umat Islam?

Perkataan ‘Nuzul’ daripada segi bahasa bermaksud menetap di satu tempat atau turun dari tempat yang tinggi.
Kata perbuatannya ‘nazala’ (نزل) yang membawa maksud ‘dia telah turun’ atau ‘dia menjadi tetamu’.

Malah, penggunaan istilah Nuzul al-Quran ini secara majaz atau (simbolik) sahaja yang bermaksud pemberitahuan al-Quran. Tujuannya untuk menunjukkan ketinggian al-Quran.
Secara teknikalnya Nuzul al-Quran bererti penurunan al-Quran dari langit kepada Nabi Allah yang terakhir.
Antara dalil yang menyatakan tentang penurunan al-Quran adalah:
وَبِالْحَقِّ أَنزَلْنَاهُ وَبِالْحَقِّ نَزَلَ ۗ وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا مُبَشِّرًا وَنَذِيرًا
Maksudnya: Dan dengan cara yang sungguh layak serta berhikmah Kami turunkan Al-Quran, dan dengan meliputi segala kebenaran ia diturunkan; dan tiadalah Kami mengutusmu (wahai Muhammad) melainkan sebagai pembawa berita gembira (bagi orang-orang yang beriman) dan pembawa amaran (kepada orang-orang yang ingkar)
Surah al-Isra’ (105)
Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.