Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Astro Shaw Lakar Sejarah Baharu dengan ‘Keluang Man’ – Permulaan Semesta Sinematik Superhero Malaysia

ROSTAM, Mohamad Firdaus
23 Apr 2025, 08:28 PM

astro shaw lakar sejarah baharu dengan ‘keluang man’ – permulaan semesta sinematik superhero malaysia

Filem aksi adiwira tempatan paling dinanti tahun ini, Keluang Man, bakal menemui penonton di seluruh pawagam bermula 29 Mei 2025, menandakan permulaan rasmi kepada Astro Shaw Cinematic Universe.

Diilhamkan daripada siri animasi ikonik yang digemari ramai sejak era 90-an, filem ini membawa semula watak legenda Keluang Man dalam bentuk aksi nyata (live-action) dengan sentuhan moden, penuh aksi mendebarkan serta visual sinematik berkualiti tinggi.

Pelancaran treler rasmi hari ini disambut dengan keterujaan oleh peminat lama dan baru, sekali gus mengukuhkan potensi filem ini sebagai nadi baru sinema adiwira Malaysia.

Menurut Raja Jastina Raja Arshad, Ketua Astro Shaw merangkap Penerbit Eksekutif filem ini, Keluang Man bukan sekadar satu filem nostalgia, sebaliknya satu langkah besar ke hadapan dalam mewujudkan dunia sinematik Malaysia yang berteraskan watak adiwira tempatan.

Selepas lebih tiga tahun perancangan, usaha gigih untuk menjadikan filem ini kenyataan akhirnya membuahkan hasil.

Filem arahan Anwari Ashraf ini menampilkan barisan pelakon hebat seperti Nas Muammar Zar, Dato’ Remy Ishak, Anwaar Beg Moghal, Datuk Rosyam Nor, Shweta Sekhon, Amelia Henderson dan ramai lagi. Dengan naratif yang memikat serta karakter yang lebih kompleks dan realistik, Keluang Man dijangka memberi impak besar dalam landskap filem tempatan.

Astro Shaw turut menyatakan bahawa filem ini adalah batu loncatan pertama ke arah pembentukan Astro Shaw Cinematic Universe iaitu merupakan sebuah inisiatif besar yang menyasarkan untuk memperluaskan lagi dunia adiwira Malaysia ke pelbagai medium dan platform hiburan.

Menariknya, peminat setia siri animasi asal turut boleh mengimbau kembali nostalgia menerusi penstriman semua musim terdahulu di laman rasmi sementara menantikan tayangan rasmi filem ini.

Dengan semangat baharu dan pendekatan sinematik segar, Keluang Man bersedia untuk mencipta fenomena tersendiri, bukan sahaja sebagai satu penghormatan kepada warisan tempatan, malah sebagai simbol kebangkitan era baharu filem adiwira Malaysia.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us