
Foto Hiasan
Tindakan membuli atau memalukan rakan sekerja bukan lagi boleh dianggap perkara kecil atau sekadar gurauan. Ia kini diiktiraf sebagai satu JENAYAH dengan hukuman yang cukup berat menanti pelaku.
Gangguan di tempat kerja boleh berlaku dalam pelbagai bentuk:
✅ Gangguan secara lisan atau penghinaan
✅ Sindiran dan perlekehan
✅ Buli psikologi atau emosi
✅ Buli siber & pendedahan maklumat peribadi
Apa yang lebih membimbangkan, kesan gangguan ini bukan sahaja menjejaskan prestasi kerja, malah boleh memberi tekanan mental sehingga menyebabkan mangsa terfikir untuk mencederakan diri sendiri.

Foto Hiasan
Apa yang perlu kita lakukan sekiranya kita menjadi mangsa buli dan kerap diejek di tempat kerja? Jangan berdiam diri! Langkah-langkah berikut boleh membantu:
📌 Simpan bukti seperti mesej, e-mel atau rakaman suara
📌 Catat setiap kejadian yang berlaku
📌 Laporkan kepada bahagian Sumber Manusia (HR)
📌 Buat laporan polis jika perlu
Apa pula hukuman yang menanti pembuli dan rakan kerja yang melampau dalam bergurau?
⚖️ Penjara sehingga 3 tahun
⚖️ Penjara sehingga 10 tahun jika gangguan tersebut menyebabkan mangsa cuba membunuh diri
Perbuatan mengejek, merendahkan atau ‘membahan’ rakan sekerja atas alasan bergurau kini tidak boleh dipandang ringan. Undang-undang ini diwujudkan untuk memastikan setiap individu di tempat kerja dilindungi daripada sebarang bentuk gangguan.
Marilah kita sama-sama mewujudkan suasana kerja yang lebih selamat, sihat dan profesional. Ingat, buli bukan budaya dan ia merupakan satu jenayah.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.