Kebiasaannya, pekerjaan di bawah ekonomi gig ini dilakukan hanya sebagai pekerjaan sementara, sampingan, kontrak atau bebas.
Contoh pekerjaan di bawah ekonomi gig termasuk pekerja bebas (freelancer), kontraktor bebas, pemandu e-hailing atau p-hailing dan pekerja sambilan.

Ekonomi gig mempunyai banyak faedah untuk kedua-dua pekerja dan majikan. Majikan mempunyai akses kepada pelbagai jenis bakat dan khidmat yang mereka boleh dapatkan.
Sekiranya pekerja yang diambil kurang memuaskan, tidak ada kontrak untuk mengekalkan pekerja atau isu untuk melepaskan mereka.
Perhatikan gaji dan upah yang ditawarkan
Anda mempunyai kebebasan untuk memilih jenis khidmat dan upah yang anda kehendaki. Jadi, buat pilihan yang wajar dan berbaloi. Tetapi, jangan teralu memilih kerana khuatir akhirnya tidak ada wang yang cukup untuk menampung kehidupan.
Berhati-hati dengan kos tersembunyi
Sesetengah syarikat memberikan insentif elaun untuk minyak kereta, insurans dan faedah kesihatan yang lain. Oleh kerana anda bekerja bebas dan tidak terikat dengan mana-mana syarikat, semua kos-kos tersebut perlu ditangguh sepenuhnya sendiri.
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.