Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Tanggungjawab Bapa Menanggung Dosa Anak Perempuan?

Peranan dan tanggungjawab seorang suami dan bapa dalam sebuah rumah tangga adalah amat besar.
Editor
18 Dec 2020, 04:17 PM

Sepertimana kita tahu peranan dan tanggungjawab seorang suami dan bapa dalam sebuah rumah tangga adalah amat besar. Tugas mereka bukan sekadar mencari rezeki dan memenuhi keperluan ahli keluarga, bahkan lebih daripada itu.

tanggungjawab bapa menanggung dosa anak perempuan?

Mereka perlu memberi didikan yang baik dan menjaga ahli keluarga mereka daripada api neraka.

Sebagaimana dalam firman Allah yang menyebut;

Mafhum: “Wahai orang-orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari neraka yang bahan bakarannya: manusia dan batu (berhala).” (Surah At-Tahrim, 66:6)

Dalil ini menyuruh setiap dari kita yang beriman dan percaya kepada Allah agar menjauhi diri kita daripada perkara-perkara yang memudaratkan serta menjaga ahli keluarga daripada melakukan perkara mungkar. 

tanggungjawab bapa menanggung dosa anak perempuan?

Ia bukanlah bermaksud tugas menjaga ahli keluarga itu tertumpu kepada bapa sahaja. Namun, sebagai ketua keluarga, pastinya ia adalah tugas yang perlu digalas.

Dengan ini, wujudnya persoalan, adakah bapa dikira menanggung dosa anak-anaknya terutama anak perempuan?

Dosa individu adalah ditanggung oleh insan tersebut sendiri dan tidak akan ditanggung oleh orang lain.

“Dan tiadalah (kejahatan) yang diusahakan oleh tiap-tiap seorang melainkan orang itulah sahaja yang menanggung dosanya, dan seseorang yang boleh memikul tidak akan memikul dosa perbuatan orang lain (bahkan dosa usahanya sahaja).” (Surah Al-An’am, 6:164)

tanggungjawab bapa menanggung dosa anak perempuan?

Justeru, bapa tidak menanggung dosa anak perempuannya atau anak-anak yang lain.

Namun, bapa hanya menanggung dosanya sendiri yang tidak menegur atau mendidik ahli keluarganya dengan baik.

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us