Dunia perniagaan kini sudah berubah dan menjadi semakin maju mengikut peredaran zaman. Sekarang tidak perlu pergi ke kedai, kitab oleh membeli belah di hujung jari sahaja.
Namun, ada beberapa komplikasi dengan perniagaan secara atas talian ini, seperti pengiklanan barang jualan. Di iklan, kelihatan cantik dan elok, bahkan ia menjadi punca kenapa kita sanggup membeli barangan itu. Tetapi sudah sampai di depan pintu, didatangi dengan perasaan hampa sahaja.
Penipuan ketika jual beli ini amat common dalam perniagaan atas talian. Tetapi kena tahu mengiklankan barang itu hukumnya adalah harus selagi mana memenuhi syarat-syarat yang digariskan dalam Islam:
#1 – Tidak mengandungi unsur penipuan.
#2 – Produk yang diiklankan bukanlah produk yang haram seperti arak.
#3 – Iklan tidak boleh disertai dengan perkara-perkara maksiat seperti gambar wanita yang tidak menutup aurat.
#4 – Iklan juga tidak boleh disertai dengan perkara yang boleh menjatuhkan perniagaan orang lain dan juga saingannya.
Justeru, apabila kita melihat kepada situasi yang terjadi, ia adalah termasuk dalam perkara yang menipu pelanggan.
Jadi, hukumnya adalah haram. Para peniaga perlu jujur dan tidak boleh menafikan hak pelanggan. Mereka berhak mengetahui akan maklumat lanjut dan gambar yang betul terhadap produk tersebut.
Sumber: Mufti Wilayah
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.