Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Usah Salahkan Diri Sendiri, Belajar Memaafkan Dan Baiki Diri Ke Arah Lebih Baik

Anda juga sentiasa mempunyai peluang dari Allah untuk menjadi hamba yang lebih baik.
Muhammad Izwan Zainal
11 Jul 2021, 06:00 PM

Sebagai seorang manusia, kita pasti tidak lari daripada melakukan kesilapan kerana tiada kesempurnaan seseorang individu itu.

Terdapat pelbagai kebaikan dan keburukan yang boleh dibaiki dalam diri seseorang itu untuk kehidupan yang lebih indah.

usah salahkan diri sendiri, belajar memaafkan dan baiki diri ke arah lebih baik

#1 - Belajar Memaafkan Diri

Ketahuilah, tiada jalan mudah untuk anda terus melangkah terutamanya jika kesannya mendalam buat diri anda. Namun, perkara yang paling utama untuk dilakukan adalah dengan memaafkan diri sendiri.

Kemaafan boleh datang daripada diri anda atau orang lain, ia langkah pertama yang sepatutnya diberikan dan bukannya mencari kesalahan diri sendiri atau orang lain.

usah salahkan diri sendiri, belajar memaafkan dan baiki diri ke arah lebih baik

Malah, ia boleh memberikan kesan yang negatif kepada emosi dan minda anda jika berfikiran sebegitu.

Memaafkan bukan bermaksud anda melupakannya dengan sewenang-wenangnya, namun cara yang betul adalah dengan lihat sejenak kepada perkara yang berlaku dari setiap sudut.

#2 - Beri Ruang Baiki Diri

Setiap manusia sentiasa ada peluang untuk membaiki diri selagi ada kudrat dan diberikan nafas untuk bangkit dari tidur setiap hari. Jadi, memaafkan adalah langkah terpenting untuk melangkah ke arah yang lebih baik.

Anda berfikir dengan sebaiknya dan membuat penilaian terhadap masalah atau kesilapan yang berlaku.

usah salahkan diri sendiri, belajar memaafkan dan baiki diri ke arah lebih baik

Kata kepada diri anda – “Aku boleh menjadi lebih baik. Kesilapan semalam adalah pengajaran untuk aku.”

Jika anda sendiri telah menetapkan minda anda untuk memberi ruang kepada diri, maka anda pasti boleh melakukannya.

Sebagaimana manusia yang sentiasa meminta peluang kedua apabila mereka melakukan kesilapan kepada orang yang tersayang, begitulah kita yang sentiasa mempunyai peluang dari Allah untuk menjadi hamba yang lebih baik.

Teruskan mengorak langkah dan belajar memaafkan diri anda di setiap perkara yang berlaku.

Sumber: tzkrh.com

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}