Imam Ghazali dalam Kitab Ihya Ulumuddin ada berkata,
أن يترصد لدعائه الأوقات الشريفة كيوم عرفة منالسنة ورمضان من الأشهر ويوم الجمعة من الأسبوع ووقت السحر من ساعات الليل
Hendaklah mengamati atau memilih waktu-waktu yang baik untuk berdoa. Di antara waktu yang baik berdoa adalah hari Arafah, puasa Ramadhan, hari Jumaat, dan waktu menjelang Subuh.
Pendapat yang paling tepat bagi menerangkan tentang “سحر” atau waktu menjelang Subuh ini ialah kira-kira 15 minit sebelum masuk waktu Subuh.
Terlebih dahulu bangun lah setengah jam atau sejam lebih awal, untuk mengerjakan Solat taubat, solat tahajud, solat hajat dan juga mengaji. Kira-kira 15 minit sebelum masuk waktu Subuh, berhenti dan mulalah berdoa meminta kepada Allah dengan khusyuk.
Tidak ada waktu yang paling tenang bagi seorang hamba yang mencintai Allah untuk mendekatkan diri kepadaNya melainkan pada waktu qiamullail.
Sumber: Sheikh Dr. Ramadan al-Buti
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.