Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Lelaki Ini Bercerita Bagaimana Beliau Bertemu Dengan Khabib Nurmagomedov Di Mekah

Editor
23 Jan 2019, 10:51 AM

lelaki ini bercerita bagaimana beliau bertemu dengan khabib nurmagomedov di mekah

Seorang lelaki dari Indonesia telah menceritakan pengalamannya bertemu dengan seorang ahli peninju MMA, Khabib Nurmagomedov. Biarpun susuk tubuh ini merupakan seorang superstar, namun lelaki ini tetap menunduk ke bumi.

Kisah ini dipetik dari portal minanews.net dalam Bahasa Indonesia, dan diterjemahkan ke dalam Bahasa Malaysia.

“Pada malam bertepatan dengan momentum Maulid Nabi Muhammd saw, saya masih berada di Kota Suci Makkah, suasana kota terlihat seperti biasa. Suasana ibadah tampak khusyuk sebagaimana hari-hari yang lain, ada yang tawaf mengelilingi Ka’bah, ada yang membaca Al-Quran dan ada juga yang i’tikaf di Masjidil Haram.

Selepas melaksanakan solat Maghrib dan Isya di Masjidil Haram, saya dan ustaz Muhajir; satu-satunya mahasiswa Aceh yang sedang menuntut ilmu di Ummul Qura Mekkah, pergi ke beberapa kedai buku yang menjual banyak kitab-kitab ilmu agama di Syari’ al ‘ilm, Aziziyah Mekkah yang berdekatan dengan Baitul Asyi.

Pulang sahaja dari kedai buku menuju ke hotel, kenderaan yang kami naiki hanya sampai ke dataran arah selatan Masjidil Haram berhampiran dengan istana raja, setelah itu kembali berjalan kaki kurang lebih 200 meter dari Masjidil Haram menuju hotel.

Ketika dalam perjalanan ke hotel, saya melihat empat orang pemuda berjubah dan salah seorang dari mereka hanya memakai pakaian biasa, seperti sedang berolahraga.

Tidak disangka! Ternyata salah seorang daripada mereka itu adalah Khabib Nurmagomedov, seorang petinju muslim berasal dari Rusia yang sangat terkenal kerana kehebatannya melumpuhkan Conor McGregor dalam pertarungan UFC 229 di Las Vegas, Amerika Syarikat, 6 Oktober 2018 yang lalu.

Tentu saja, sangat mudah mengenali Khabib kerana viral di media saat ia bertarung melumpuhkan kesombongan Conor McGregor yang sejak awal terus melecehkan Khabib. Kami ikuti Khabib menuju arah hotel.

Come…come …come take selfie!,” kata Khabib saat melihat kami mengikutinya. Khabib sepertinya sangat tahu, saya sengaja mengikutinya dan akan meminta berfoto bersama.

Ia begitu ramah, keganasannya di atas ring saat bertarung, tidak terlihat manakala kami saling menyapa dan berkenalan. Khabib mempersilakan kami mengambil gambar beberapa kali bersamanya dan teman-temannya di jalan menuju lobi Hotel di mana ia menginap selama menjalankan Ibadah Umrah.

Nama Khabib memang sedang melambung di kalangan para pecinta Mixed Martial Art (MMA). Khabib warganegara Rusia itu berhasil mengalahkan superstar UFC, Conor McGregor. Di usianya yang sudah 30 tahun, Khabib sukses menghentikan perlawanan Conor McGregor melalui cekikan di leher dan memaksanya menyerah setelah memberi isyarat kepada pengadil.

Nurmagomedov lahir 20 September 1988 di Kampung Sildi Distrik Tsumadinsky, Dagestan, Rusia. Kawasan ini adalah daerah otonomi pecahan Uni Soviet.

Kecintaan Nurmagomedov terhadap Islam dan negarnya tidak berbelah bahagi. Sikap inilah yang membuatnya tidak mampu menahan emosi menghadapi provokasi kubu McGregor. Menurutnya, McGregor dan rakan-rakannya telah menghina agamanya, orang tua, dan negaranya sehingga membuatnya hilang kawalan dan melancarkan serangan selepas perlawanan.

“Saya ingin mengubah sukan ini. Saya tidak mahu orang lain sesuka hati menghina pihak lawannya. Tentang ayah, agama. Anda tidak boleh mengutuk agama dan negara. Bagi saya ini sangat penting,”

Sumber: minanews.net

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us