Intravenous Bag (IV Bag) adalah bag yang mengandungi cecair untuk merawat dehidrasi, memulihkan tenaga pesakit yang kerap digunakan di hospital.
Namun, wujud pendapat bahawa air kelapa boleh digunakan sebagai pengganti kepada IV Bag kerana didakwa air kelapa bersifat isotonik dan steril (tiada mikrorganisma/kuman) dan ianya dikatakan sesuai bagi menggantikan IV Bag jika darurat.
Betul ke?
Dipetik daripada portal NPR, air kelapa pernah diberikan kepada pesakit ketika Perang Dunia ke-2. Namun, hanya ada satu kajian saintifik sahaja yang menunjukkan seorang lelaki berjaya dirawat menggunakan air kelapa.
Namun, menurut seorang profesor di University of Iowa Carver College of Medicine, Mark Graber, air kelapa tidak mempunyai kandungan sodium yang mencukupi untuk berada dalam salur darah.
"Ia bukan penyelesaian yang optimum untuk menggantukan IV bag kerana ia tidak mempunyai kandungan sodium yang mencukupi untuk kekal dalam aliran darah," kata Graber.
"Dan ia boleh menyebabkan kandungan kalsium dan kalium tinggi, yang mungkin berbahaya."
Sumber: NPR
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.