Ramadhan Banner
Ramadhan Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Betul Ke Kalau Ambil Air Tulang Belakang Akan Jadi Lumpuh?

Ikuti penerangan daripada doktor ini.
Editor
30 Oct 2018, 08:27 AM

Perbincangan tentang dikalangan masyarakat tentang pengambilan air tulang belakang menyebabkan lumpuh sering kita dengari. Ramai rakyat Malaysia yang takut dan enggan bersetuju jika doktor menyarankan untuk mengambil air daripada tulang belakang dalam prosedur perubatan kerana pelbagai stigma yang keluar daripada fikiran mereka. 

ambil air tulang belakang menyebabkan lumpuh?

Ini kami kongsikan penerangan dari Dr Khairul Faizie Mohammad Kamar tentang Pengambilan Air Tulang Belakang. Semoga bermanfaat ya!

Menurut perkongsian doktor ini di laman Facebooknya, prosedur ambil air tulang belakang menyebabkan lumpuh adalah mitos paling hebat tentang prosedur ini. 

Ambil air tulang belakang, dipanggil LUMBAR PUNCTURE , LP, atau Spinal Tap merupakan satu prosedur yang SELAMAT, dan TIDAK akan menyebabkan lumpuh. Memang biasa ahli keluarga dan kawan-kawan beria nasihatkan agar tidak benarkan buat prosedur ini, lebih-lebih lagi dalam kes kanak kanak atau bayi. Pesakit yang awalnya yakin dengan nasihat doktor akan tertekan dan akhirnya mula jadi was-was sebab saranan yang tak berasas ini.

Hakikatnya doktor hanya akan mencadangkan prosedur ini dilakukan jika ada keperluan mendesak termasuklah untuk mengesan jangkitan yang berlaku dalam otak atau saraf seperti meningitis, untuk membuat dignosis tepat masalah keradangan otak atau sistem saraf tunjang (inflammatory neuropathy), untuk mengukur tekanan dalam otak dan saraf tunjang, untuk pemberian ubat dan untuk prosedur pembiusan (spinal anaesthesia).

ambil air tulang belakang menyebabkan lumpuh?

Menurut doktor lagi, air tulang belakang dipanggil Cerebrospinal fluid, CSF yang di dalamnya terkandung glukosa, protein dan sel. Melalui CFS doktor dapat melihat melihat bacaan sel darah putih yang berfungsi melawan jangkitan, bacaan protein, glukosa dan melihat kehadiran bakteria, fungus serta kewujudan sel-sel abnormal. Prosedur ini juga di lakukan di level tulang vertebra lumbar L2 ke bawah bukannya di saraf tunjang kerana saraf tunjang ( spinal cord orang dewasa) berakhir di level L1 ( Lumbar 1) dan prosedur LP untuk dewasa dibuat selalunya di level L3/L4, atau L4/L5, atau L5/ S1.

Tiada saraf tunjang yang dicucuk dan tidak logik akan lumpuh. Jarum yang dicucuk pun bukanlah sehingga terlalu dalam sehingga ke tulang. Untuk kes bayi baru lahir pula, saraf tunjang berakhir di level antara L1 ke L3. Jadinya, kalau perlu buat LP dalam baby, doktor akan cucuk jarum bawah lagi, jauh dari level ini, di level L4/S1 umpamanya.

Side effect paling biasa lepas LP?

Sakit kepala yang dipanggil Post Spinal Headache, perkara ini biasa terjadi dan tidak membahaya. Kesan ini juga tidak perlukan rawatan, pesakit hanya perlu berehat beberapa hari sehingga kesan ini hilang dengan sendirinya. Kesimpulannya, AMBIL AIR TULANG BELAKANG TIDAK MENYEBABKAN LUMPUH.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us