Pengambilan ubat dengan kaedah yang betul amat penting bagi memastikan kesan perawatan mencapai kesan yang diingini. Namun, cara penyimpanan ubat yang selamat dan betul juga penting kerana ia dapat memastikan kualiti, keberkesanan dan keselamatan ubat terjamin.
Ramai yang suka menyimpan ubat secara terus dalam peti sejuk, tanpa mengira jenis ubat itu berbentuk cecair mahupun tablet / biji.
Dipetik daripada Twitter @izzahrph yang juga merupakan seorang ahli farmasi, ubat biji akan lebih cepat rosak sekiranya disimpan dalam peti sejuk kerana ada lembapan. Sebaiknya ubat biji disimpan dalam suhu bilik, melainkan jika ada arahan untuk disimpan pada suhu tertentu.
Ada ubat-ubatan yang boleh disimpan dalam peti sejuk, mengikut pada deskripsi yang dinyatakan. Contoh;
- Dalam ruang tengah peti sejuk : 2-8°C. (Contoh: insulin, ubat titis mata, suspensi antibiotik yang telah dibancuh)
- Tempat dingin bilik berhawa dingin : 8-15°C (Contoh: kapsul gel lembut)
- Suhu bilik : 15-30°C (Contoh: ubat tablet dan kapsul)
Sumber:
- Kenali Ubat Anda. (2012). Poster dan Meditips – Cara Penyimpanan Ubat Yang Selamat.
- Komuniti Farmasi Malaysia. (2011). Cara Menyimpan Ubat Dengan Betul.
- www.nhsdirect.wales.nhs.uk
- http://www.nlm.nih.gov/medlineplus/ency/article/007189.htm
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.