Masalah bibir kering merupakan perkara yang biasa berlaku ketika berpuasa dan menyebabkan hidrasi atau kandungan cecair sedikit kurang dalam tubuh.
Bibir sangat sensitif apabila kekurangan kelembapan dan terjadinya keadaan bibir yang tidak memiliki kelenjar minyak dan peluh untuk menjaga kelembapannya.
Malah, kulit bibir 15 kali lebih nipis berbanding bahagian anggota badan yang lain.
Bagaimana mahu menjaga kelembapan bibir sepanjang Ramadan?
1. Minum banyak air ketika bersahur dan berbuka
Air yang cukup terutamanya air putih akan lebih mudah diserap tubuh dan badan tetap terhidrasi dan mengelakkan bibir menjadi kering.
2. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran
Tidak hanya air putih, buah-buahan dan sayur-sayuran penting untuk sumber cecair kepada tubuh. Ia juga boleh menambah vitamin dan mineral yang penting untuk menjaga kesihatan.
3. Pelembap bibir
Gunakan pelembap bibir daripada jenis bahan jeli petroleum atau lip balm. Pilih pelembap bibir yang mengandungi bahan selamat bagi yang mengalami kulit sensitif.
4. Elak tabiat menjilat bibir
Tabiat menjilat bibir bagi melembapkannya harus dihindar. Ia sebenarnya akan menyebabkan bibir bertambah kering.
Ini kerana air liur mengandungi asid yang mampu menyebabkan kerengsaan pada bibir dan ia boleh menghilangkan minyak semula jadi yang ada pada kulit.
Sumber: keluarga.my
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.