Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Buat Food Review? Apa Hukumnya?

ROSTAM, Mohamad Firdaus
23 May 2025, 10:44 AM

buat food review? apa hukumnya?Foto sekadar hiasan

Zaman sekarang, siapa je yang tak pernah tengok atau buat food review, kan? Scroll saja TikTok atau Instagram, mesti akan jumpa video orang makan sedap-sedap, review tempat makan viral, atau promote kedai baru buka. Tapi pernah tak kita terfikir, dari sudut agama, halal ke perbuatan ni?

Jawapannya: Ya, boleh je... tapi ada syarat!

Sebenarnya Islam Tak Halang Food Review

Dalam Islam, asal sesuatu perbuatan tu adalah harus—maksudnya boleh—selagi tak ada perkara yang buat ia jadi haram. Jadi buat food review pun termasuk dalam kategori ni. Asalkan review tu jujur, tak tipu, dan tak manipulasi fakta, ia dibenarkan dan tak salah dari segi agama.

Contohnya, kalau korang pergi makan dekat satu restoran dan nak kongsi pengalaman makan yang sedap, layanan bagus, harga berpatutan itu semua okay. Lagi bagus kalau boleh bantu orang ramai buat pilihan sebelum makan kat tempat tu.

Tapi Hati-Hati, Jangan Sampai Menipu

Yang jadi masalahnya bila ada sesetengah orang buat review sebab nak dapat bayaran atau sponsor, tapi sanggup tutup mata pada kekurangan makanan tu. Makanan dah tawar, mahal tak masuk akal, servis lambat tapi semua tu disorok demi ‘content’ cantik.

Dalam Islam, perbuatan macam ni boleh jadi haram. Ada istilah yang dipanggil “bay’ al-najasy” iaitu perbuatan menipu orang dengan memuji barang jualan secara palsu. Lebih kurang macam promote makanan tak sedap jadi seolah-olah makanan tu perfect semata-mata sebab dibayar.

Allah pun dah pesan dalam Surah al-Baqarah ayat 188:

“Dan janganlah kamu makan harta orang lain dengan jalan yang batil (salah)...”

So, bila kita buat review palsu dan menyebabkan orang tertipu lalu berbelanja pada sesuatu yang tak sepatutnya, kita sebenarnya dah termasuk dalam golongan yang mengambil harta dengan cara yang salah. Scary, kan?

Niat Pun Kena Betul

Kalau kita buat food review semata-mata nak cari fame, followers, atau income yang tak telus, itu pun boleh jadi isu. Tapi kalau niat kita untuk kongsi pengalaman, bantu orang buat pilihan lebih bijak, atau promote peniaga kecil yang memang layak diberi perhatian, itu satu pahala, tau.

Macam mana kita makan pun penting juga. Jangan review makanan secara melampau-lampau sampai nampak macam membazir atau menunjuk-nunjuk. Ingat, Islam ajar kita untuk makan secukupnya, bukan berlebihan.

Jujur Itu Kunci Segala-Galanya

So yes, buat food review bukan satu dosa. Tapi kita kena jujur, adil, dan beretika. Tak salah nak cari rezeki dari review makanan, tapi biarlah berkat dan tak menyusahkan orang lain.

Kalau kena bayar, nyatakan. Kalau ada kelemahan, sebut dengan cara berhemah. Dan kalau review tu lebih kepada content hiburan semata-mata, pastikan penonton tahu itu bukan testimoni penuh.

Ingat, dalam setiap apa kita buat terutamanya melibatkan niat, kejujuran dan adab adalah asas yang paling penting. Lagi-lagi bila kita ada pengaruh dan suara yang orang dengar.

Sumber: Kosmo

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us