Inilah Kita Banner
Inilah Kita Banner
Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Boleh ke Jawab Panggilan Ibu Bapa Ketika Solat?

ROSTAM, Mohamad Firdaus
08 Aug 2025, 11:12 AM

boleh ke jawab panggilan ibu bapa ketika solat?Foto sekadar hiasan

Dalam kehidupan seharian, umat Islam sering kali berdepan dengan situasi di mana mereka sedang menunaikan solat dan pada masa yang sama dipanggil oleh ibu atau bapa.

Persoalannya, apakah hukum menjawab panggilan tersebut ketika sedang menunaikan solat? Adakah solat terbatal jika dijawab, atau adakah wujud pengecualian tertentu?

Solat Fardu Tidak Boleh Ditinggalkan Kecuali Dalam Keadaan Darurat

Menurut pandangan para ulama, solat fardu merupakan ibadah wajib yang tidak boleh dihentikan atau diputuskan sesuka hati, melainkan dalam keadaan darurat yang diiktiraf oleh syarak. Menjawab panggilan ibu bapa ketika sedang solat fardu termasuk dalam perbuatan yang membatalkan solat sekiranya dilakukan dengan sengaja.

Perkara ini dijelaskan oleh ulama besar, Syeikh Ibrahim al-Bajuri dalam kitabnya Hasyiah al-Bajuri yang menyatakan:

"Menjawab panggilan kedua-dua ibu bapa adalah haram ketika solat fardu kerana memutuskan solat fardu itu adalah haram, tetapi ia dibenarkan dalam solat sunat."

Hal ini diperkukuh oleh pandangan Syeikh Khatib al-Syarbini dalam karya fiqhnya Mughni al-Muhtaj:

"Menjawab panggilan ibu bapa tidak diwajibkan semasa solat, bahkan haram dalam solat fardu dan dibolehkan dalam solat sunat."

Berdasarkan pandangan ini, sekiranya seseorang yang sedang menunaikan solat fardu dengan sengaja menjawab panggilan ibu atau bapanya, maka solat tersebut batal dan wajib diulang semula.

Solat Sunat: Dibenarkan Tetapi Solat Menjadi Batal

Berbeza dengan solat fardu, hukum dalam solat sunat adalah lebih ringan. Seseorang diharuskan menjawab panggilan ibu bapa ketika menunaikan solat sunat, khususnya jika panggilan itu dianggap penting atau bersifat segera. Namun begitu, solat sunat yang diputuskan walaupun atas alasan tersebut tetap terbatal, dan individu itu perlu memulakannya semula jika ingin meneruskan ibadah tersebut.

Perlu Menilai Keperluan dan Keutamaan

Dalam hal ini, penting bagi seseorang untuk menilai situasi. Sekiranya diyakini bahawa panggilan ibu atau bapa melibatkan perkara mustahak atau kecemasan, maka solat sunat boleh dihentikan dan dijawab. Namun, jika sedang menunaikan solat fardu, maka sebaiknya biarlah panggilan itu tidak dijawab sehingga selesai solat, kecuali dalam keadaan darurat seperti kebakaran, kemalangan atau keselamatan ibu bapa tergugat.

  • Solat fardu: Haram menjawab panggilan ibu bapa. Jika dijawab, solat menjadi batal.
  • Solat sunat: Diharuskan menjawab panggilan ibu bapa, tetapi solat tersebut tetap terbatal apabila diputuskan.

Sebagai umat Islam, keutamaan dalam menunaikan ibadah wajib hendaklah dijaga, namun dalam masa yang sama, keperluan menghormati dan mentaati ibu bapa juga harus dilaksanakan dengan kebijaksanaan serta mengikut batas-batas syarak.

Sumber: Harakah Daily 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us