Pendakwah, Ebit Lew dan selebriti, Caprice akhirnya bertemu di bumi Palestin apabila ramai rakyat Malaysia mendoakan mereka agar bersua di sana.
Menerusi hantaran di laman Instagram Caprice, penyanyi rap dan aktivis kemanusian itu bersyukur dan gembira dapat bertemu dengan Ustaz Ebit Lew.
“Alhamdulillah sebab ramai di Malaysia tanya, akhirnya dapat jumpa Ebit Lew,” katanya.
Rata-rata warganet turut meluahkan rasa syukur dan menyokong inisiatif yang dijalankan mereka untuk membantu saudara di Palestin yang ditindas.
“Subahanallah. Dua hero disatukan bersama akan jadi hebat,” komen salah seorang warganet.
Malah, Caprice turut membalas komen pengikutnya di ruangan komen untuk mendoakan misi mereka berdua di Palestin ketika ini.
“Insya-Allah satu hari nanti kita akan gerak sama-sama satu pasukan dalam misi kemanusiaan di Malaysia dan dunia,” ujar Caprice.
Sumber: Instagram
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.