Paru-paru adalah salah satu organ yang vital pada tubuh manusia dan perlu dijaga dengan baik.
Bagi yang merokok atau sering terdedah dengan pencemaran udara, cara-cara ini boleh membantu anda untuk ‘membersihkan’ semula paru-paru anda.
- Berhenti merokok
Semestinya dengan anda berhenti merokok adalah cara yang paling efektif untuk membersihkan paru-paru anda. Dengan cara ini, paru-paru anda akan mula membersihkan dengan sendirinya. Sekaligus mengurangkan risiko penyakit berkaitan dengan paru-paru terutama sekali kanser.
- Bersenam secara teratur
Senaman secara teratur dapat mmbantu proses pemulihan paru-paru anda ketika tempoh pemulihan.
- Terapi wap
Terapi wap ini selalu dilakukan oleh mereka yang mengalami masalah resdung. Tetapi dengan cara ini juga dapat membantu dalam membuka jalan penafasan dan mengeluarkan lender-lendir di bahagian paru-paru.
- Teh Hijau
Antioksidan dalam teh hijau boleh mengurangkan inflamasi atau radang paru-paru. Teh hijau juga dapat membantu melindungi jaringan paru-paru ketika menyedut asap.
Sumber: Web
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.