Kelebihan membaca ayat Al-Quran ialah setiap huruf dikira satu kebaikan yang akan dilipatgandakan menjadi 10 kebaikan dan kelebihan membaca itu jelas mendapat ganjaran pahala yang besar walaupun seseorang itu tak faham bahasa Arab.
Daripada Abdullah bin Mas’ud RA, Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Siapa yang membaca satu huruf daripada al-Quran, maka baginya satu kebaikan dengan bacaan itu dan satu kebaikan digandakan menjadi 10 kebaikan yang serupanya. Aku tidak mengatakan Alif Lam Mim satu huruf akan tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.” (Riwayat al-Tirmizi)
Mengapa 10 ayat terawal dan 10 ayat terakhir dipilih?
Sepuluh ayat terawal memperihalkan mengenai kenyataan al-Quran dan keadaan orang yang kufur serta orang yang beriman terhadap al-Quran manakala 10 ayat yang terakhir pula menunjukkan natijah bagi mereka yang beriman dan kufur.
Dengan menghafal ayat awal dan ayat akhir surah itu akan menambahkan lagi keimanan bagi mereka yang benar-benar mentadabburkan ayat al-Quran serta mengharap pemeliharaan Allah SWT daripada fitnah dajjal.
Cara senang nak hafal Surah Al-Kahfi ayat 1-10
Sumber: Harian Metro / Port Makan Johor
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.