Ramai orang akan mengeluh bila sudah tibanya masa kena renew lesen, kerana tak laat nak beratur panjang. Sekarang ni, tak perlu bera tur panjang dah!
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mengumumkan bahawa urusan itu boleh dilakukan secara online! Sebenarnya, pembaharuan lesen memandu secara dalam talan ini sudahpun bermula dibuka pada 16 Oktober lalu.
JPJ telah memperkenalkan sistem pembaharuan ini selaras dengan #NormaBaharu dan misi ke arah mendigitalkan perkhidmatan sedia ada jabatan tersebut.
Pasti ramai yang tertanya-tanya macam mana prosesnya dan apa yang perlu dilakukan? Tak perlu risau, ini kaedah nak renew lesen secara online!
1. Daftar akaun MyEG
Buat masa ini pembaharuan lesen memandu dalam talian boleh dibuat menerusi laman web www.myeg.com.my
Langkah pertama adalah anda perlu mendaftar bagi memudahkan urusan tersebut.
Caranya mudah sahaja, pergi ke laman web berkenaan, kemudian tekan ‘DAFTAR’ dan isi segala butiran seperti yang diminta.
2. Pilih perkhidmatan yang disediakan
Selepas selesai urusan mendaftar, anda akan dibawa ke halaman utama laman web tersebut.
Di bahagian ini, anda dapat lihat beberapa perkhidmatan yang ditawarkan laman berkenaan, antaranya JPJ, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Imigresen, Jabatan Pendaftaran Negara, zakat dan lain-lain lagi.
Bagi urusan renew lesen memandu, terus tekan pada logo atau ikon JPJ untuk ke bahagian menu jabatan berkenaan.
3. Pilih bahagian Perbaharui Lesen Memandu (CDL)
Seterusnya, tekan pada pilihan “Perbaharui Lesen Memandu (CDL)” dan isi segala maklumat pengguna seperti yang tertera di laman berkenaan.
Di bahagian ini, anda boleh pilih sama ada lesen baharu itu akan diserahkan menerusi penghantaran pos.. atau boleh juga mengambilnya sendiri di pejabat yang ditetapkan.
4. Proses pembayaran
Anda akan dibawa ke bahagian ‘Maklumat Pembayaran’ dan boleh terus ke proses pembaharuan dengan membayar caj yang dikenakan menerusi pembayaran secara dalam talian.
Tapi sebelum membuat pembayaran, pastikan maklumat yang anda isi adalah tepat supaya tidak menjejaskan proses penyediaan lesen memandu tersebut. Kalau ada kesilapan, anda juga yang rugi nanti.
Selepas pembayaran selesai, adalah dinasihatkan mencetak atau screenshot resit tersebut dan simpan sebagai rujukan, secara tak langsung membantu anda jika timbul sebarang masalah.
Selesai! Mudah bukan? Tanpa perlu mengambil nombor giliran dan beratur panjang, anda boleh memiliki lesen yang telah diperbaharui itu dan paling penting, ia dihantar terus kepada anda mengikut alamat yang dipilih.
Kebiasaannya proses penyediaan dan pemprosesan lesen memandu baharu ini akan mengambil masa dua hari waktu bekerja. Contohnya, kalau anda buat pada hari Jumaat, lesen baharu itu akan siap pada hari Rabu. Jadi harap bersabar ya!
Sumber: Awani
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.