
Anda pasti familiar dengan meme seorang budak berbaju hijau putih dan menggenggam pasir. Reaksi mukanya yang dapat diterjemahkan dalam pelbagai bentuk, menjadikannya budak imej budak lelaki itu sering digunaka untuk menggambarkan perasaan.
Sebenarnya, gambar budak lelaki yang berumur 11 bulan (pada waktu itu) telah dimuatnaik oleh ibunya sendiri pada laman Flickr dan Getty Image. Ibunya, Laney Griner merupakan seorang fotografer.
Di dalam gambar tersebut, budak lelaki bernama Sammy itu sedang cuba makan pasir. Kebetulan, dia menggenggam pasir dan ibunya mengambil gambar. Semenjak dari itu, ramai yang menggunakan imej budak lelaki ini sebagai meme.
Meme ini sangat popular pada tahun 2008 ketika laman sosial Myspace diminati ramai. Ramai pengguna yang menggunakan gambar Sammy ini sebagai avatar atau page’s layout.
Disebalik cerita ini, ayah Sammy merupakan pesakit buah pinggang. Pada 13 April, sebuah portal Daily Dot telah mengeluarkan satu artikel berkenaan ayah Sammy yang memerlukan wang untuk mengadakan pemindahan buah pinggang. Menurut isterinya, Griner, suaminya menghabiskan masa lebih 12 jam seminggu di klinik untuk mencuci buah pinggang yang rosak.
Semenjak dari itu, banyak portal yang memuat naik berita tersebut seperti Time, E! Online, IB times dan Metro. Dalam masa seminggu, mereka berjaya mengutip dana sebanyak $88,000.
Kini, Sammy Griner telah berumur 12 tahun. Kalau anda tengok gambarnya sekarang memang berbeza.
Sumber: Know Your Meme
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.