Sejarah antara subjek yang paling kurang gemar dalam kalangan pelajar. Disebabkan terlalu banyak fakta yang perlu diingati antara faktor membuatkan pelajar kurang meminati dan menganggap subjek tersebut membosankan.
Namun, seorang guru yang dikenali sebagai Safwan Jebat mempunyai strategic yang sendiri untuk menarik perhatian para pelajarnya mempelajari subjek tersebut. Safwan sanggup memakai baju ala-ala manusia kuno dan berlakon menjadi seperti mereka.
Melalui video yang tular di media sosial, para pelajar sangat teruja dengan cara penyampaian guru tersebut. Safwan juga berkata, dia berasa seronok mengajar subjek itu kerana ia boleh mengimbau zaman kanak-kanak dan adaptasi kisah tersebut menjadi reality.
Ramai netizen yang memuji cara pengajaran guru tersebut. Ada yang menyatakan jika guru sejarah mereka seperti itu, pasti mereka tidak akan tidur sewaktu kelas itu.
Sumber: Siakap Keli dan Twitter Safwan Jebat
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.