Ke Udara

Fathi Saleem

MENYERAH TAKDIR

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

FnN Pagi Zayan

FBI & Nana akan menemani pagi anda dari jam 6 hingga 10 pagi hanya di ZAYAN

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Album Art Ke Udara

MENYERAH TAKDIR

Fathi Saleem

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

FnN Pagi Zayan Segmen Terkini

FnN Pagi Zayan

FBI & Nana akan menemani pagi anda dari jam 6 hingga 10 pagi hanya di ZAYAN

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Cinta Yang Kekal Abadi Sehingga Ke Hujung Nyawa

Pasangan suami isteri ini menghembuskan nafas terakhir mereka ketika menunaikan ibadat umrah di Tanah Suci.
Editor
27 Dec 2019, 03:33 PM

cinta yang kekal abadi sehingga ke hujung nyawa

Ramai pasangan yang inginkan cinta yang membawa sehingga ke pintu Jannah. Cinta yang kekal abadi sehingga ke hujung nyawa. Dan itulah yang digambarkan bagi pasangan suami isteri warga emas ini yang menghembuskan nafas terakhir mereka di Tanah Suci, selang dua hari antara satu sama lain.

Ismail Latif, 66 tahun dan isterinya Rohani Dollah, 60 tahun meninggal dunia sewaktu mereka menunaikan ibadah umrah.

Pihak keluarga menerima khabar bahawa Ismail mengalami demam manakala isterinya mengalami tekanan darah tinggi.

Anak sulung kepada pasangan tersebut, Nor Afizah, 41 tahun menerima berita pemergian ibu bapanya daripada sepupunya, Noranito Taib, 50 tahun yang turut bersama pasangan tersebut dalam menunaikan umrah di Tanah Suci.

“Sihat walafiat, (mereka) tak ada penyakit selama ni kerana memang aktif buat pemeriksaan kesihatan.  Mereka memang segar dan aktif, baik di rumah atau di masjid. Mak ada darah tinggi. Mungkin dia terkejut dengan (pemergian) ayah.

“Mungkin dia fikir sedih nak tinggal ayah, jadi mungkin fikir banyak sampai dia pun mengadap Illahi. Kami redha dengan pengakhiran baik ayah bersama dengan emak. (Mereka) sehidup semati pergi ke sana sini bersama dan jarang berpisah,” ujar anak sulung pasangan itu, Nor Afizah Ismail.

Al-fatihah kepada pasangan Ismail Latif dan Rohani Dollah.

Sumber: Astro Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

Ads With Us Ads With Us Ads With Us