Pengguna Twitter @deNASHdeANDRE telah berkongsi resepi untuk memasak ikan keli goreng tumis cili padi. Tengok gambar pun dah naik selera, jom tengok macam mana nak masak
(Disalin dari Twitter)
Bahan bahan yang korang perlukan
1. Ikan keli (boleh je nak guna ayam or apa je korang nak)
2. Cili padi
3. Bawang putih & bawang merah
4. Garam
5. Serbuk perasa (aku guna pasti sedap)
6. Serbuk kunyit
Simple je bahan dia gais cepat ringkas dan mudah..
Benda pertama sekali gais korang kena marinate dulu ikan keli ni dgn serbuk kunyit + sedikit air + sedikit garam.. Bergantung pada kuantiti ikan korang tu lah..
Selar selar sikit ikan tu biar cepat masak.. Mcm dlm gambar ni gaiss..

Lepas tu korang open kuali satu.. Curahkan minyak.. Lepas tu gorengkan ikan keli ni.. Biarkan depa berasmara dalam kuali tu..
Make sure goreng sampai garing..
Baru sedap
Ps: Kuala keramat mak aku tu gais aku rembat bawak g rumah sewa ni hahaha

Di sebabkan kulit ikan keli menghasilkan letusan minyak yang menyeramkan..
Aku gunakan taktik paskal utk halang letusan tu kena kulit aku yg flawless ni Hahahah
Bagus tektik ni utk yg jenis jaga kulit

Dah settle goreng ikan korang rest kan depa kat satu tempat lain..
Baham2 mcm cili padi bawang putih bawang merah korang tumbuk gais sampai lumat
Kalau suka pedas letak lebih sikit cili tu
Masuk minyak sikit lepas tu tumis
Sampai naik bau..

Naik je bau korang lempor je ikan keli yang korang dah goreng tadi ke dalam rencah yg korang dah tumis tadi..
Masukkan sikit serbuk pasti sedap..
Goreng bersama dalam 3 minit lepas tu boleh angkat dan hidang
Settle satu resepi
Sedap makan dgn nasi putih gaiss
Easyy je masak

Sumber : Twitter
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.