Seorang lelaki dari China terpaksa membotakkan rambutnya selepas tersilap syampu rambut menggunakan racun serangga.
Kejadian yang terjadi di Kunming, daerah Yunnan oleh seorang lelaki yang tertukar botol syampu dengan botol racun yang dikenali sebagai racun dicholovos (DDVP). Racun DDVP kebiasaannya digunakan untuk menghapuskan kulat, anai-anai dan serangga pada sayur dan buah-buahan.
Selepas kejadian, lelaki berkenaan mulai mengalami simptom seperti menggigil dan berpeluh. Pada mulanya, lelaki itu cuba membasuh kepalanya dengan air dan cuka, malangnya ia menjadi semakin teruk.
Selepas dibawa ke Hospital Yunnan Traditional Chinese Medicine, doktor mendapati keseluruhan rambutnya telah rosak teruk dan ia terpaksa dicukur sepenuhnya.
Sumber: WOB
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.