Kesusahan bukanlah penghalang untuk berjaya dan mencari ilmu. Seorang gadis yang pernah membesar di tempat pembuangan sampah sekitar Phonem Penh, Kemboja berjaya membuktikan kepada dunia bahawa dia juga boleh percaya.
Gadis yang dikenali sebagai Sophy Ron tidak pernah menjejakkan kaki ke sekolah namun bakal melanjutkan pelajaran ke University Melbourne selepas mendapat tawaran biasiswa penuh bagi membiyai pelajarannya.
Sophy menerima Dana Kanak-Kanak Kemboja (CCF) dan merupakan individu pertama yang diselamatkan oleh badan kebajikan tersebut.
Sophy menghabiskan masa kecilnya di tempat pembuangan sampah dan menghidu bau toksik semata-mata ingin membantu kedua ibu bapanya mencari wang. Kisah hidup Sophy ini memberi inspirasi kepada semua orang.
Sumber: Sinar Harian
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.