Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

ZAYAN

#indahdihati

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

ZAYAN

#indahdihati

Trending

Doa Langsai Hutang Penawar Duka, Jalan Keluar dari Beban Hidup

IDRUS, Husna Najwa
19 Jun 2025, 10:55 AM

doa langsai hutang penawar duka, jalan keluar dari beban hidup

Foto Hiasan

Pernahkah anda merasa sesak dada memikirkan hutang yang belum selesai? Atau pernah dilanda perasaan sedih dan putus harapan kerana beban kewangan yang menghimpit? Dalam sebuah kisah indah yang diriwayatkan oleh Abu Said al-Khudri RA, Rasulullah SAW menunjukkan kepada kita satu amalan mudah tetapi penuh keberkatan, doa yang diajarkan kepada Abu Umamah RA untuk melangsaikan hutang dan menghilangkan kedukaan.

Suatu hari, Rasulullah SAW memasuki masjid dan melihat Abu Umamah RA duduk bersendirian, walaupun bukan waktu solat. Apabila ditanya, beliau menjawab bahawa beliau sedang dibelenggu oleh dukacita dan hutang. Maka Rasulullah SAW mengajarkannya satu doa yang luar biasa kuasanya:

"Mahukah kamu aku ajarkan kepada kamu satu doa, jika kamu membacanya, Allah akan menghilangkan rasa dukacitamu dan melangsaikan hutangmu?"

Tanpa ragu, Abu Umamah RA bersetuju, dan Rasulullah SAW pun mengajarnya doa tersebut serta menyuruhnya membaca doa itu setiap pagi dan petang.

doa langsai hutang penawar duka, jalan keluar dari beban hidup

Foto: JAKIM

Menurut Abu Umamah RA, setelah beliau mengamalkan doa ini, Allah SWT menghilangkan kedukaannya dan melunaskan hutangnya. Ini menunjukkan betapa pentingnya keyakinan kepada Allah dan kekuatan doa dalam menghadapi cabaran hidup, khususnya berkaitan dengan kewangan.

Dalam dunia hari ini, ramai yang terperangkap dengan hutang sama ada hutang pelajaran, perniagaan, kad kredit atau pinjaman lain. Namun, kita tidak keseorangan. Islam bukan sahaja memberi panduan dari sudut usaha fizikal, tetapi juga menyarankan amalan rohani sebagai kekuatan dalaman.

Kadangkala, kita mencari jalan penyelesaian di luar sana tanpa menyedari bahawa penawarnya ada dalam doa dan hubungan kita dengan Allah SWT. Jika Abu Umamah RA mampu keluar dari kesempitan hidup dengan doa ini, mengapa tidak kita?

✍️ Ditulis semula dari sumber infografik oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

📌 Hadis Riwayat Abu Daud (4/353)

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}
Ads With Us Ads With Us Ads With Us