Rezeki memang sudah ditentu kadarnya tetapi umat Islam perlu ikhtiar mencari dengan cara yang halal dan baik.
Keberkatan rezeki itu boleh mendatangkan bahagia dalam diri seseorang apabila memperoleh rezeki daripada haisl titik peluhnya sendiri.
Selain menunaikan solat sunat dhuha, perbanyak doa agar berlindung dari kefakiran dan kehinaan.
Doa ini penting untuk sentiasa mengingati Allah SWT supaya hidup doberkati dan diredhai Allah SWT dunia dan akhirat.
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW berdoa,
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْفَقْرِ وَالْقِلَّةِ وَالذِّلَّةِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ أَنْ أَظْلِمَ أَوْ أُظْلَمَ.
“Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kefakiran, kemiskinan, kehinaan. Dan aku berlindung kepada-Mu jangan sampai aku menzalimi atau dizalimi.”
(HR. Ahmad 8053, Abu Daud 1546 )
Sumber: JAKIM
Filled Under :
*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.